Sistem Dobi Layan Diri Bajet No 1 Malaysia

Peluang Usahasama Dobi Layan Diri di Seluruh Malaysia

Jana Pendapatan Pasif Tanpa Modal, Tanpa Risiko

Kami sedang mencari rakan usahasama di seluruh Malaysia yang mempunyai lokasi strategik seperti asrama, hostel, kolej, universiti atau kediaman pekerja untuk projek pemasangan dobi layan diri automatik.

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri, kami menawarkan penyelesaian lengkap — daripada pemasangan mesin, penyelenggaraan sehingga pengurusan teknikal harian — tanpa anda perlu mengeluarkan sebarang modal atau mengurus operasi.

Kenapa Pilih Usahasama Dobi Bajet?

✅ Mesin & sistem dobi disediakan sepenuhnya oleh kami
✅ Penyelenggaraan & sokongan teknikal ditanggung sepenuhnya
✅ Pendapatan bulanan secara konsisten tanpa kos permulaan
✅ Tiada pengalaman teknikal diperlukan
✅ Peluang perniagaan dengan risiko minimum & hasil jangka panjang

Siapa Yang Sesuai Sertai Program Ini?

Program ini terbuka kepada:

Bagaimana Program Ini Berfungsi?
1. Anda Sediakan Lokasi

Cuma perlu sediakan ruang kosong dengan sumber elektrik dan paip air (jika ada). Kami akan bantu menilai kesesuaian lokasi anda.

2. Kami Pasang Sistem Dobi

Pihak kami akan memasang mesin basuh, pengering serta sistem pembayaran automatik seperti token, duit kertas, QR code atau kad RFID.

3. Anda Terima Bahagian Keuntungan

Setelah operasi dimulakan, anda akan menerima pendapatan bulanan berdasarkan peratus keuntungan yang dipersetujui. Semua kos operasi ditanggung oleh pihak kami.

Lokasi Yang Kami Sasarkan

Kami amat mengalu-alukan usahasama di lokasi berikut:

  • Asrama Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

  • Kolej Matrikulasi, Politeknik, IPTA/IPTS

  • Universiti Awam & Swasta

  • Hostel pekerja kilang atau tapak projek

  • Rumah sewa ramai penghuni

  • Apartment pelajar & komuniti berasrama

Kenapa Pilih DobiBajet.my?

Permata Ayu Services merupakan syarikat berdaftar sejak tahun 2011 dan telah membangunkan lebih 100 sistem dobi layan diri kos rendah di seluruh negara.

Kami menggunakan mesin basuh domestik yang diubahsuai khas menjadi sistem automatik yang menjimatkan kos tetapi tetap efisien dan tahan lama. Setiap sistem dibekalkan dengan panel kawalan dan sokongan teknikal penuh.

Kelebihan Sistem Kami

  • Mesin & peti duit 100% diselaraskan secara automatik

  • Tempoh cucian secepat 18 minit (boleh pilih pelbagai tetapan)

  • Boleh jual fungsi spin sahaja sebagai tambah jualan

  • Manual penggunaan disediakan untuk semua unit

  • Waranti & sokongan servis diberikan

  • Sistem troubleshooting mudah melalui paparan error code

Syarat Minimum Lokasi

  • Ruang bersih & kering minimum 8×8 kaki

  • Sumber elektrik (13A plug) & saluran air (jika ada)

  • Minima 30-50 penghuni untuk setiap mesin yang dipasang

  • Lokasi mempunyai potensi penggunaan pakaian harian (bukan musim tertentu sahaja)

Berminat Untuk Sertai?

Kami mengalu-alukan kerjasama dari seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

Untuk perbincangan lanjut, sila hubungi kami:

📱 WhatsApp: 018-3611030
📧 Emel: pay.srvcs@gmail.com
📍 Lokasi: 34, Jalan DM3, Desa Moccis, 47000 Sg Buloh, Selangor.

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping