Membawa Revolusi Dobi Bajet ke Seluruh Malaysia
Permata Ayu Services (SA0183483-P) ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Mohamad Fairuzi bin Maszuki. Kami adalah peneraju dalam menyediakan solusi Dobi Bajet yang berkualiti tinggi untuk pengusaha perniagaan dobi layan diri.
Dobibajet.my adalah penyedia solusi lengkap untuk mesin dobi layan diri jenis bajet di Malaysia. Kami membantu individu dan perniagaan untuk memulakan dan mengembangkan bisnes dobi dengan modal rendah, peralatan berkualiti, dan sokongan profesional.
Apa yang Kami Tawarkan?
Pembekalan Mesin Dobi Bajet
Mesin basuh dan pengering berkualiti untuk pelbagai keperluan.
Sistem Pembayaran
Solusi seperti kotak duit syiling, sistem bil, dan pembayaran QR.
Khidmat Pemasangan dan Penyelenggaraan
Profesional yang memastikan mesin anda berfungsi tanpa masalah.
Konsultasi untuk Bisnes Dobi
Bimbingan lengkap dari awal hingga perniagaan anda stabil.
